we do the best

Tuesday, January 10, 2012

PATINA 77







Hidup ini penuh dengan kejutan. Hari ini anda mungkin berasa sihat dan berupaya, tetapi anda tidak mungkin akan mengetahui saat kemalangan akan merampas ia daripada anda. Jangan mempertaruhkan kehidupan anda dan bersedialah! Tiada apa yang lebih menenangkan daripada mengetahui anda telah bersedia dalam mengharungi keperitan hidup.

APA ITU PATINA 77?

PATINA 77 adalah Pelan Takaful Kemalangan Individu (Personal Accident) direka khas daripada MAA Takaful Berhad untuk keperluan perlindungan anda. Berlandaskan hukum syariah, ia menawarkan perlindungan 24 jam terhadap kemalangan walau di mana pun anda berada. Dengan pelbagai pelan dan pelan-sub untuk dipilih, anda boleh berasa yakin yang ianya merupakan pelan Takaful untuk semua.
Faedah & Jumlah Manfaat yang akan diperolehi bergantung kepada Pelan yang diambil. Berikut ialah di antara faedah & manfaat yang dilindungi:
1. Kematian Akibat Kemalangan*
2. Hilang Upaya Kekal*
3. Bonus Pembaharuan
4. Perkongsian Lebihan
5. Bayaran Balik Perubatan (MRE)**
6. Elaun Hospital Harian
7. Perbelanjaan Kerusi Roda dan / atau Anggota Palsu
8. Perbelanjaan Penghantaran Pulang
9. Perbelanjaan Pengkebumian
10. Manfaat Lain:
10.1 Elaun Kemalangan
10.2 Liabiliti Diri
10.3 Jangkitan HIV Daripada Pemindahan Darah
11. Pampasan Mingguan:
11.1 Hilang Upaya Sementara Menyeluruh (TTD)
11.2 Hilang Upaya Sementara Separa (TPD)

sila lihat ---> patina 77


anda berminat?sila hubungi saya Zulhilmi:0126994402

Saturday, October 1, 2011

TAKAFULINK HAJI




Pengenalan
Setiap muslim bercita cita untuk menunaikan ibadah haji kerana ianya merupakan rukun islam kelima yang wajib ditunaikan. Kewajipan ibadah haji ini bergantung kepada kemampuan. Namun persoalannya adakah kemampuan itu dibiar datang melayang atau kita perlu mencarinya? Jawapannya sudah tentu ia perlu dicari dan diusahakan. Antara cara yang terbaik menghasilkan kemampuan ialah dengan cara menyimpan wang. Terdapat beberapa tempat yang kita fikir sesuai untuk membuat simpanan haji. Yang manakah tempat yang paling baik?
Perkara lain yang perlu dilihat juga ialah tempoh pelaksanaan haji yang lama. Jika menyimpan hari ini, hampir 30 tahun akan datang baru sampai giliran menunaikan haji. Pada masa itu bagaimana dengan kudrat diri, mampukah untuk ke Tanah Suci Makkah?
Begitu juga dengan masalah kos tunai haji yang semakin meningkat. Difahamkan sekarang sudah mencecah RM14000. Itu sekarang, bagaimana pula tahun- tahun akan datang?
Oleh itu demi menyelasaikan masalah tersebut, MAA Takaful Berhad telah mencipta satu plan yang sangat sesuai untuk bakal-bakal haji. Plan yang saya maksudkan ialah plan MTHAJJ @ Takaful Haji.

Manfaat Plan
Simpanan Takafulink Haji adalah tetap. Ianya dapat mendisiplinkan pencarum agar terus menyimpan setiap bulan atau setiap tahun. Jika menyimpan di institusi kewangan lain, sudah tentu sukar kerana banyak godaan luar yang membuatkan anda tidak mampu kekalkan simpanan lebih-lebih lagi dengan adanya kad ATM, bila bila masa sahaja simpanan boleh dikeluarkan. Jika begitu bagaimana anda dapat menunaikan haji mengikut masa yang dicadangkan? Silap-silap tak tertunai sampai ke akhir hayat. Dengan plan Takaful Haji anda akan dapat tunaikan haji mengikut tempoh yang diinginkan. Dengan plan ini, 15 tahun akan datang insyaAllah anda akan dapat menunaikan haji.
Disamping itu plan ini juga memberi jaminan kewangan kepada peserta yang mencarum apabila peserta ditimpa musibah lumpuh dan kematian biasa mengikut jumlah yang diinginkan. Wang ini disumbangkan dari tabung kebajikan peserta. Sumbangan akan berlipatganda jika pencarum ditimpa musibah lumpuh atau meninggal disebabkan kemalangan di mana sahaja. Jika kemalangan berlaku di Arab Saudi, sumbangan musibah akan diberi 200%.



BEZA SIMPANAN DI MAA TAKAFUL & TABUNG HAJI





Perbandingan menyimpan dengan takaful haji dan tabung haji

1.Dividen 9%-12%,tabung haji 3%-5%

2.Simpanan masih berjalan jika peserta hilang pendapatan akibat disahkan mengidap penyakit kritikal,tabung haji-simpanan terhenti.

3.Khairat kematian RM2000,tabung haji-tiada

4.Rm5000 untuk upah haji,tabung haji-tiada

6. 200% bayaran pampas an kematian bagi manfaat tambahan jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan di Arab Saudi,tabung haji-tiada

7.Perlindungan pendapatan RM1,000,000,tabung haji-tiada
8-Boleh diHIBAH kepada sesiapa,tabung haji-kena fara’id





PENGECUALIAN CARUMAN
Jika seseorang penyimpan telah disahkan oleh pengamal perubatan bertauliah menghidap salah satu dari 36 penyakit kritikal, simpanan bulanan penyimpan akan diambil alih oleh syarikat MAA Takaful dan simpanan akan diteruskan tanpa gagal sehingga penyimpan meninggal dunia atau berumur 80 tahun, yang mana lebih dahulu.  Ini bermakna, penyimpan akan menikmati simpanan bulanan secara percuma jika telah disahkan menghidap salah satu dari 36 penyakit kritikal.


HIBAH UNTUK WARIS JIKA BERLAKU KEMATIAN
Jika berlaku kematian terhadap penyimpan sama ada sebelum atau sesudah mengerjakan fardhu haji, sejumlah wang bantuan sara  hidup akan dihibahkan kepada waris yang telah dipilih oleh penyimpan sebelum kematiannya. Hibah tidak tertakluk kepada pembahagian faraid dan waris yang layak akan menerima jumlah sepenuhnya wang yang telah diperuntukkan untuknya tanpa perlu dibahagi-bahagikan.


TABUNG HILANG UPAYA KEKAL
MAA Takafulink Simpanan Haji juga menyediakan tabung kecemasan jika penyimpan mengalami hilang upaya kekal. Wang dari dari tabung kecemasan ini boleh digunakan penyimpan untuk menampung kos sara hidup seharian apabila penyimpan tidak lagi berupaya untuk meneruskan kehidupan secara biasa.


TABUNG PERLINDUNGAN 36 PENYAKIT KRITIKAL
Jika peserta didapati menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal, sejumlah manfaat kewangan akan diserahkan kepada peserta bagi tujuan perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan berkaitan.


ELAUN HARIAN HOSPITAL
Jika penyimpan dimasukkan ke mana-mana hospital kerajaan atau swasta, penyimpan akan menerima elaun harian bersaman jumlah hari kemasukan hospital.


ELAUN PEMBEDAHAN
Penyimpan akan menerima elaun pembedahan jika berlaku pembedahan terhadap penyimpan.


KHAIRAT KEMATIAN
Jika penyimpan meninggal dunia sama ada sebelum, sedang atau selepas menunaikan haji, sejumlah RM2000.00 akan diserahkan dalam tempoh 24 jam kepada waris bagi tujuan pengkebumian atau belanja membawa balik jenazah dari tanah suci Mekah.


UPAH BADAL HAJI
Jika penyimpan meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan fardhu haji, sejumlah RM5000.00 akan diserahkan kepada waris bagi tujuan mengadakan upah badal haji untuk penyimpan yang telah meninggal dunia.


KOMITMEN JANGKA PANJANG
Pelan simpanan MAA Takafulink Simpanan Haji ini adalah komitmen jangka panjang. Pulangan simpanan akan dapat dinikmati secara maksimum jika menyimpan secara konsisten untuk satu tempoh yang panjang.


MANFAAT BERGANDA
Walaupun penyimpan atau waris telah menerima wang hasil dari tabung khairat kematian atau hilang upaya kekal, wang simpanan masih lagi akan dibahagikan kepada waris/penyimpan. Ini bermakna penyimpan akan mendapat manfaat berganda hasil dari satu pelan simpanan sahaja.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PELAN SIMPANAN INI,SILA HUBUNGI 013-5088570 /012-6994402(zulhilmi)

Friday, September 30, 2011

TAKAFUL EDUCATION



Mengapa Anda Perlu Membuat Perancangan Awal Pendidikan Dengan MAA Takaful Education ?

Kos pendidikan tinggi semakin meningkat, disebabkan sama ada oleh inflasi atau faktor ekonomi lain. Kos yang meningkat boleh mengakibatkan beban kewangan kepada anda apabila anak-anak anda memulakan pendidikan tinggi. Oleh itu, penting bagi ibu bapa merancang lebih awal untuk menyediakan peruntukan secukupnya bagi perbelanjaan pendidikan tinggi anak-anak.Pelan ini menjamin dana yang diperlukan anak anda untuk mendapatkan pendidikan tinggi dan membolehkan anak-anak anda mengejarkan sebahagian daripada matlamat hidup mereka. Cuba anda bayangkan. Dengan adanya pelan pendidikan takaful ini, anda tidak perlu risau lagi sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.Saya bagi contoh yang paling mudah. Andai kata anda mengambil pelan takaful pendidikan ini.Katakan anda mencarum serendah RM100 setiap bulan bagi pelaburan pendidikan anda. Katakan anda telah berjaya mencarum selama 3 bulan. Tiba-tiba pada bulan ke-4, berlaku 3 perkara ke atas penjaga;
1. Kematian
2. Hilang Upaya Kekal
3. Disahkan Mengidap Penyakit Kritikal
Anda tidak perlu risau, simpanan atau caruman anda akan terus berjalan secara percuma untuk bulan seterusnya sehingga umur anak anda 18 tahun (mengikut polisi). Itulah kelebihan takaful pendidikan berbanding simpanan yang biasa.Sebagai tambahan yang membezakan MAA Takaful Education adalah pemberian hadiah saguhati bagi pelajar yang berjaya dalam SPM, anak anda memperolehi: [5A - RM 500; 8A - RM 1,000]
PERJALAN YANG BERIBU BATU JAUHNYA BERMULA DENGAN LANGKAH YANG PERTAMA
Anak-anak kita merupakan aset yang sangat bernilai,mereka yang akan menjadi tunggak untuk menentukan serta membentuk masa depan.namun,masa depan anak-anak kita terletak diatas tindakan dan keputusan kita hari ini.yang pasti, telah menjasi impian bagi setiap ibu bapa untuk menyediakan segala yang terbaik dalam hidup kepada anak-anak mereka dan juga menjadi hadiah yang terbaik kepada anak-anak iaitu pendidikan yang terbaik.seperti perkara-perkara lain dalam kehidupan,pendidikan yang baik tidak dipeeroleh dalam harga yang rendah..
Kebimbangan kami....
Mengejar pendidikan yang terbaik bermakna di universiti yang terbaik yang sememangnya memerlukan satu perbelanjaan yang besar.Kenaikan kos pendidikan pada masa hadapan memang tidak boleh dielakkan,oleh itu kita sebagai ibu bapa haruslah merancang untuk memastikan anak-anak kita lengkap dari segi kewangan supaya mereka dapat mengejar impian dan keberanian walaupun pada masa inflasi dan masalah ekonomi yang meruncing.jangan beban kan anak-anak kita dengan membiarkan mereka membayar pinjaman pendidikan sejurus selepas mereka menamatkan pelajaran.tetapi jangan risau dan bimbang,takafulink education direka untuk membantu anda merancang dan seterusnya seberapa banyak dana pendidikan untuk anak anda.ingatlah,kejayaan anak-anak kita bergantung kepada keputusan yang kita buat pada hari ini...seperti kata pepetah;perjalanan yang beribu batu jauhnya bermula dengan langkah yang pertama.dengan takafulink education,anak-anak kita akan lebih bersedia dan lengkap bagi memastikan mereka mengejar cita-cita dan memenuhi impian mereka tanpa adnya halangan.
Penyelesaiannya......
Takafulink Education adalah ditawarkan oleh MAA takaful kepada semua ibu bapa yang sentiasa meletakkan keluarga mereka terutama anak-anak sebagai perkara yang utama.takafulink education bukan hanya menyediakan anda pengumpulan dana pendidikan kepada anak-anak tetapi juga direka untuk menyediakan perlindungan terhadap kematian diusia pramatang atau hilang upaya keseluruhan dan kekal bagi ahli dilindungi.oleh yang demikian,pelan takafulink education merupakan pelan takaful keluarga berkaitan pelaburan yang diluluskan syariah serta direka khusus untuk mengatasi ketidakpastian hidup serta memaksimakan jumlah pulangan anda sambil membuka peluang untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi.dengan hanya RM50 sebulan,anda telah mengambil langkah pertama untuk menyelamatkan masa depan anak-anak anda.....TAHNIAH!
   
                                                      FAEDAH PLAN




Kebanyakan ibubapa sering bertanya bila masa sesuai untuk saya menyediakan simpanan pendidikan untuk anak mereka.Semakin awal anda menyediakan simpanan yang menjaminkan pendidikan mereka, semakin banyakdana yang anda boleh sediakan bila anak anda masuk UNIVERSITI.Anak umpama sehelai kain putih ibubapa lah yang akan mencoraknya, Fikirkan lah apa yang akan anda sediakan apabila anak anda menyatakan cita-cita mereka apabila mereka dewasa kelak.
BERTINDAK SEKARANG !!

Saturday, July 9, 2011

TAKAFULINK -- MAA TAKAFUL


“TAKAFULINK PLAN’’

“The Most Outstanding
Product 2009 & 2010”  

Apa anda tahu tentang Takafullink maa takaful?


Senangnya begini.Anda menyimpan dan pada masa yang sama ada protection untuk diri sendiri contohnya bila berlakunya kematian,kecacatan kekal atau hilang upaya.Semestinya ramai yang tidak mahu membayar insurans@takaful yang akhirnya hangus begitu sahaja jika anda tidak mengalami sakit,kecederaan atau kematian.Dengan plan kami,duit anda tidak hangus malah dilaburkan dengan nilai dividen yang tinggi melebihi dividen ASB.Malah jika berlaku kematian,kecacatan kekal atau hilang upaya anda akan dibayar dengan nilai sum covered+duit pelaburan anda ketika itu.

Contoh pelaburan dibawah skim Takaful link Maa Takaful:
1-Bayaran tahunan:RM2000 setahun (maknanya sebulan dalam RM167)

              nilai pulangan tahun      ke-10 = RM34,748
                                                 ke-15 = RM84,545
                                                 ke-20 = RM184,705


1-Bayaran tahunan:RM3000 setahun (maknanya sebulan dalam RM250)

              nilai pulangan tahun      ke-10 = RM52,364  
                                                 ke-15 = RM127,306 
                                                 ke-20 = RM278,038
sila hubungi saya jika berminat untuk info lebih lanjut:
Zulhilmi Zakaria  0126994402
                          0135088570