we do the best

Saturday, October 1, 2011

TAKAFULINK HAJI




Pengenalan
Setiap muslim bercita cita untuk menunaikan ibadah haji kerana ianya merupakan rukun islam kelima yang wajib ditunaikan. Kewajipan ibadah haji ini bergantung kepada kemampuan. Namun persoalannya adakah kemampuan itu dibiar datang melayang atau kita perlu mencarinya? Jawapannya sudah tentu ia perlu dicari dan diusahakan. Antara cara yang terbaik menghasilkan kemampuan ialah dengan cara menyimpan wang. Terdapat beberapa tempat yang kita fikir sesuai untuk membuat simpanan haji. Yang manakah tempat yang paling baik?
Perkara lain yang perlu dilihat juga ialah tempoh pelaksanaan haji yang lama. Jika menyimpan hari ini, hampir 30 tahun akan datang baru sampai giliran menunaikan haji. Pada masa itu bagaimana dengan kudrat diri, mampukah untuk ke Tanah Suci Makkah?
Begitu juga dengan masalah kos tunai haji yang semakin meningkat. Difahamkan sekarang sudah mencecah RM14000. Itu sekarang, bagaimana pula tahun- tahun akan datang?
Oleh itu demi menyelasaikan masalah tersebut, MAA Takaful Berhad telah mencipta satu plan yang sangat sesuai untuk bakal-bakal haji. Plan yang saya maksudkan ialah plan MTHAJJ @ Takaful Haji.

Manfaat Plan
Simpanan Takafulink Haji adalah tetap. Ianya dapat mendisiplinkan pencarum agar terus menyimpan setiap bulan atau setiap tahun. Jika menyimpan di institusi kewangan lain, sudah tentu sukar kerana banyak godaan luar yang membuatkan anda tidak mampu kekalkan simpanan lebih-lebih lagi dengan adanya kad ATM, bila bila masa sahaja simpanan boleh dikeluarkan. Jika begitu bagaimana anda dapat menunaikan haji mengikut masa yang dicadangkan? Silap-silap tak tertunai sampai ke akhir hayat. Dengan plan Takaful Haji anda akan dapat tunaikan haji mengikut tempoh yang diinginkan. Dengan plan ini, 15 tahun akan datang insyaAllah anda akan dapat menunaikan haji.
Disamping itu plan ini juga memberi jaminan kewangan kepada peserta yang mencarum apabila peserta ditimpa musibah lumpuh dan kematian biasa mengikut jumlah yang diinginkan. Wang ini disumbangkan dari tabung kebajikan peserta. Sumbangan akan berlipatganda jika pencarum ditimpa musibah lumpuh atau meninggal disebabkan kemalangan di mana sahaja. Jika kemalangan berlaku di Arab Saudi, sumbangan musibah akan diberi 200%.



BEZA SIMPANAN DI MAA TAKAFUL & TABUNG HAJI





Perbandingan menyimpan dengan takaful haji dan tabung haji

1.Dividen 9%-12%,tabung haji 3%-5%

2.Simpanan masih berjalan jika peserta hilang pendapatan akibat disahkan mengidap penyakit kritikal,tabung haji-simpanan terhenti.

3.Khairat kematian RM2000,tabung haji-tiada

4.Rm5000 untuk upah haji,tabung haji-tiada

6. 200% bayaran pampas an kematian bagi manfaat tambahan jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan di Arab Saudi,tabung haji-tiada

7.Perlindungan pendapatan RM1,000,000,tabung haji-tiada
8-Boleh diHIBAH kepada sesiapa,tabung haji-kena fara’id





PENGECUALIAN CARUMAN
Jika seseorang penyimpan telah disahkan oleh pengamal perubatan bertauliah menghidap salah satu dari 36 penyakit kritikal, simpanan bulanan penyimpan akan diambil alih oleh syarikat MAA Takaful dan simpanan akan diteruskan tanpa gagal sehingga penyimpan meninggal dunia atau berumur 80 tahun, yang mana lebih dahulu.  Ini bermakna, penyimpan akan menikmati simpanan bulanan secara percuma jika telah disahkan menghidap salah satu dari 36 penyakit kritikal.


HIBAH UNTUK WARIS JIKA BERLAKU KEMATIAN
Jika berlaku kematian terhadap penyimpan sama ada sebelum atau sesudah mengerjakan fardhu haji, sejumlah wang bantuan sara  hidup akan dihibahkan kepada waris yang telah dipilih oleh penyimpan sebelum kematiannya. Hibah tidak tertakluk kepada pembahagian faraid dan waris yang layak akan menerima jumlah sepenuhnya wang yang telah diperuntukkan untuknya tanpa perlu dibahagi-bahagikan.


TABUNG HILANG UPAYA KEKAL
MAA Takafulink Simpanan Haji juga menyediakan tabung kecemasan jika penyimpan mengalami hilang upaya kekal. Wang dari dari tabung kecemasan ini boleh digunakan penyimpan untuk menampung kos sara hidup seharian apabila penyimpan tidak lagi berupaya untuk meneruskan kehidupan secara biasa.


TABUNG PERLINDUNGAN 36 PENYAKIT KRITIKAL
Jika peserta didapati menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal, sejumlah manfaat kewangan akan diserahkan kepada peserta bagi tujuan perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan berkaitan.


ELAUN HARIAN HOSPITAL
Jika penyimpan dimasukkan ke mana-mana hospital kerajaan atau swasta, penyimpan akan menerima elaun harian bersaman jumlah hari kemasukan hospital.


ELAUN PEMBEDAHAN
Penyimpan akan menerima elaun pembedahan jika berlaku pembedahan terhadap penyimpan.


KHAIRAT KEMATIAN
Jika penyimpan meninggal dunia sama ada sebelum, sedang atau selepas menunaikan haji, sejumlah RM2000.00 akan diserahkan dalam tempoh 24 jam kepada waris bagi tujuan pengkebumian atau belanja membawa balik jenazah dari tanah suci Mekah.


UPAH BADAL HAJI
Jika penyimpan meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan fardhu haji, sejumlah RM5000.00 akan diserahkan kepada waris bagi tujuan mengadakan upah badal haji untuk penyimpan yang telah meninggal dunia.


KOMITMEN JANGKA PANJANG
Pelan simpanan MAA Takafulink Simpanan Haji ini adalah komitmen jangka panjang. Pulangan simpanan akan dapat dinikmati secara maksimum jika menyimpan secara konsisten untuk satu tempoh yang panjang.


MANFAAT BERGANDA
Walaupun penyimpan atau waris telah menerima wang hasil dari tabung khairat kematian atau hilang upaya kekal, wang simpanan masih lagi akan dibahagikan kepada waris/penyimpan. Ini bermakna penyimpan akan mendapat manfaat berganda hasil dari satu pelan simpanan sahaja.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PELAN SIMPANAN INI,SILA HUBUNGI 013-5088570 /012-6994402(zulhilmi)

No comments:

Post a Comment