we do the best

Saturday, June 25, 2011

sedikit menngenai takaful

1)  Insurans Hayat (Life) tu tak wajib, lainlah insurans kereta!
Sebenarnya insurans kereta pun TAK WAJIB, tapi anda ambil jugak. Kenapa ya? Yang diwajibkan oleh JPJ sebenarnya adalah insurans THIRD PARTY bagi melindungi kerugian yang dialami oleh pihak ketiga (orang lain) akibat pemanduan kenderaan anda. So janganlah pepandai cakap insurans kereta tu wajib dibeli. Insurans kereta yang comprehensive (termasuk fire, theft dan own car damage) sebenarnya hanyalah satu pilihan optional bagi mereka yang ingin melindungi kerugian yang berlaku ke atas kenderaan mereka dan tuntutan kerugiaan dari pihak ketiga. Kereta sendiri rosak, anda boleh nampak kerugian dan masalah kewangan yang akan anda hadapi. Tapi kesan bencana kewangan ke atas kebajikan dan masa depan keluarga anda sendiri, anda tak boleh nak nampak.
Kalau KENDERAAN ANDA boleh dilindungi secara keseluruhannya (walaupun sekadar pilihan optional), kenapa sumber income & kebajikan diri anda sekeluarga tak perlu diinsuranskan? Life insuranslah yang boleh menjamin keperluan harian keluarga anda dapat dipenuhi nanti.

2) Kenapa dapat duit balik sikit sedangkan dah mencarum dekat 10 tahun lamanya?
Tak kira pelan konvensional mahupun Takaful (sebab struktur kedua dua pelan adalah sama, walaupun setengah ejen cuba menafikannya) , memang anda tak dapat banyak duit balik kerana pelan yang anda ambil itu adalah pelan jenis lama, iaitu tradisional type atau ordinary life plan / ordinary takaful plan.
Dulu pelan sebegini, untuk 2 tahun pertama, dari apa yang anda carum itu, 0% masuk tabung simpanan. Sejak format asset-sharing & takaful plan diperkenalkan, untuk 2 tahun pertama, hanya 10% dari caruman masuk ke dalam tabung simpanan. Yang lain akan “dimakan” oleh service caj company untuk menampung komisyen ejen, kos marketing, kos operasi dan sebagainya. 
Untuk dapat duit balik 100% bagi pelan tradisional versi lama ini, anda biasanya kena mencarum melebihi 20-25 tahun. Ini termasuklah pelan takaful, kecuali takaful malaysia. 
Berbeza dengan pelan insurans/takaful versi baru iaitu INVESTMENT-LINKED di bawah MAA TAKAFUL, untuk 2 tahun pertama, lebih 40% akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan peserta. 40% ini belum lagi tolak caj untuk coverage basic, coverage rider dan yuran pengurusan lain. 

No comments:

Post a Comment