we do the best

Sunday, June 26, 2011

TAKAFULINK -- Takaful Hayat

TAKAFULINK-Takaful Hayat


Apa itu Takafulink- (Takaful Hayat)-
  1. Takaful link merupakan pelan Takaful Keluarga yang memberi anda kebebasan perlindungan juga pelaburan yang diluluskan oleh syariah tanpa adanya prejudis. 
  2. Menawarkan perlindungan  serta kaedah menabung secara tetap yang berdisplin. 
  3. Menghasilkan pulangan yang lebih baik dengan deposit yang disimpan dalam akaun simpanan. 
  4. Jumlah caruman minimum adalah serendah RM50 sebulan atau RM600 setahun. 
  5.  Pembayaran caruman boleh dibuat samada secara bulanan, suku tahunan, setiap setengah tahun atau tahunan. 

Perlindungan 

Boleh pilih jumlah perlindungan yang diperlukan iaitu Jumlah Asas Dilindungi. Jumlah ini boleh ditambah atau dikurangkan. 





Asas Perlindungan ini merangkumi 2 Asas iaitu : 

Perlindungan Asas


Akaun -Akaun Tempat Duit Dicarum




Dana-dana MAA Takaful Shariah  :
Terdapat 3 dana untuk pilihan dilaburkan.
 Anda mempunyai pilihan untuk memilih mana-mana dana diluluskan Syariah yang sesuai dengan tolenrasi pelaburan dan risiko anda.
Dana-dana Takaful Syariah
Pilihan yang disediakan
  1. Boleh membuat pengeluaran separa pada bila-bila masa, tertakluk kepada pengeluaran minimumRM 500 dan baki minimum sebanyak RM 1000 dalam dana Akaun Pelaburan Peserta (PIA).
  2. Boleh menambah Pelaburan pada bila-bila masa.

Saturday, June 25, 2011

MAA Takaful

MAA Takaful 







Mengapa MAA Takaful

MAA Takaful Berhad adalah hasil daripada usahasama yang strategik di antara MAA Holdings Berhad (MAAH) dan Solidarity Company BSC (C) dari Bahrain, iaitu salah satu syarikat Takaful yang terbesar di dunia Arab.

Pada 3 MAc 2006, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menganugerahkan lesen Pengendali Takaful untuk syarikat usahasama diantara MAA Holdings dan Solidarity dari Bahrain. MAA Takaful telah ditubuhkan dengan modal berbayar sebanyak 100 juta dan seterusnya pada julai 2007, MAA TAkaful telah dianugerahkan lesen untuk beroperasi sebagai Pengendali Takaful Komposit. Hari ini, MAA TAkaful mempunyai kekuatan agensi melebihi 12,000.

MAA memegang 75% pegangan ekuiti di MAA Takaful Berhad, sementara itu Solidarity memegang 25% pegangan ekuiti.

Dan ingin dimaklumkan bahawa MAAH disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia Berhad. Anak Syarikat dan syarikat-syarikat bersekutunya terlibat dalam perniagaan insuran am dan insurans hayat, termasukla perniagaan persisir pantai dan reinsurans, perniagaan jual beli, pajak gadai dan kemudahan kredit yang lain, unit amanah, pengurusan -hartanah-dana dan perunding pelaburan, keselamatan dan perkhidmatan perundingan dan juga pusat dylisi amal.

MAAH juga telah mengembangkan operasinya ke Indonesia, Filipina dan Thailand melalui MAA International Assurance Ltd. (salah satu company insurans persisir pantai dalam kump MAAH. 

sedikit menngenai takaful

1)  Insurans Hayat (Life) tu tak wajib, lainlah insurans kereta!
Sebenarnya insurans kereta pun TAK WAJIB, tapi anda ambil jugak. Kenapa ya? Yang diwajibkan oleh JPJ sebenarnya adalah insurans THIRD PARTY bagi melindungi kerugian yang dialami oleh pihak ketiga (orang lain) akibat pemanduan kenderaan anda. So janganlah pepandai cakap insurans kereta tu wajib dibeli. Insurans kereta yang comprehensive (termasuk fire, theft dan own car damage) sebenarnya hanyalah satu pilihan optional bagi mereka yang ingin melindungi kerugian yang berlaku ke atas kenderaan mereka dan tuntutan kerugiaan dari pihak ketiga. Kereta sendiri rosak, anda boleh nampak kerugian dan masalah kewangan yang akan anda hadapi. Tapi kesan bencana kewangan ke atas kebajikan dan masa depan keluarga anda sendiri, anda tak boleh nak nampak.
Kalau KENDERAAN ANDA boleh dilindungi secara keseluruhannya (walaupun sekadar pilihan optional), kenapa sumber income & kebajikan diri anda sekeluarga tak perlu diinsuranskan? Life insuranslah yang boleh menjamin keperluan harian keluarga anda dapat dipenuhi nanti.

2) Kenapa dapat duit balik sikit sedangkan dah mencarum dekat 10 tahun lamanya?
Tak kira pelan konvensional mahupun Takaful (sebab struktur kedua dua pelan adalah sama, walaupun setengah ejen cuba menafikannya) , memang anda tak dapat banyak duit balik kerana pelan yang anda ambil itu adalah pelan jenis lama, iaitu tradisional type atau ordinary life plan / ordinary takaful plan.
Dulu pelan sebegini, untuk 2 tahun pertama, dari apa yang anda carum itu, 0% masuk tabung simpanan. Sejak format asset-sharing & takaful plan diperkenalkan, untuk 2 tahun pertama, hanya 10% dari caruman masuk ke dalam tabung simpanan. Yang lain akan “dimakan” oleh service caj company untuk menampung komisyen ejen, kos marketing, kos operasi dan sebagainya. 
Untuk dapat duit balik 100% bagi pelan tradisional versi lama ini, anda biasanya kena mencarum melebihi 20-25 tahun. Ini termasuklah pelan takaful, kecuali takaful malaysia. 
Berbeza dengan pelan insurans/takaful versi baru iaitu INVESTMENT-LINKED di bawah MAA TAKAFUL, untuk 2 tahun pertama, lebih 40% akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan peserta. 40% ini belum lagi tolak caj untuk coverage basic, coverage rider dan yuran pengurusan lain. 

produk takaful terbaik!!

 Bukti MAA Takaful produk terbaik






MAA Takaful sekali lagi telah merangkul anugerah Produk Takaful Paling Cemerlang menerusi produk MAA Takafulink sempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) pada 2011. Ini bermakna MAA Takaful telah menerima anugerah ini dua tahun berturut-turut 2009,2010 & 2011 dan TIADA SEBARANG KESANGSIAN lagi bahawa produk MAA Takaful adalah yang terbaik.


Ada agen insurans juga menegaskan syarikatnya adalah syarikat takaful yang terbaik,tetapi dimana buktinya?
Ade juga syarikat takaful yang membuat promotion besar-besaran.Di Malaysia telah wujud lebih kurang 16 syarikat insurans takaful.


Jadi,kepada yang masih lagi tercari-cari produk takaful yang bersesuaian dengan anda, jangan ragu lagi, pilihlah MAA Takaful sebagai pengendali takaful pilihan anda dan juga keluarga. Oleh boleh hubungi saya ye.

Zulhilmi Zakaria 
012-6994402
013-6994402

Insurans vs Takaful

Perbezaan Insuran  Konvensional & Takaful

Oleh
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?. Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang.?

Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu’awadah Maliah’ yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru’at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.

Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini.

Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :-
  • a) Tabarru’ dan Mudarabah
  • b) Wakalah dan Tabarru

Saya tidak akan mengulas kedua-dua bentuknya secara panjang lebar, cukup saya sertakan gambar rajah bagi kedua-dua bentuk agar ia dapat memberi sedikit gambaran awal kepada para pembaca. ( Malangnya saya gagal memasukkan gambar rajah ini )
1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru’
Keterangan ringkas : Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas dasr Ju’alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu.
2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah
Keterangan ringkas : Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad tabarru’, pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya.

Kesimpulan; perubahan dari aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran konevsnional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza dengan yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan samada aqad derma (tabarru’) atau (wakalah).

Berikut pula perbezaan antara keduanya dalam bentuk jadual ;-
KonvensionalTakaful
Kontrak Mu’awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pohak yang diinsurankanKontrak Tabbaru’ ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.
Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuranPeserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.
Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham)* Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.
* Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan ShariahAset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah.
Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan.Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali
Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran.Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.
Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari ’surplus’Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum.

Demikian penerangan ringkas saya.